5 CARA UNTUK MENJIMATKAN BATTERY IPHONE ANDA

5 CARA UNTUK MENJIMATKAN BATTERY IPHONE ANDA

 

      1.Email – Manualkan Settingnya!

  • Ini kerana ketika anda menggunakan Mobile Data dan setkan kepada automatik, emel akan masuk berdentam-dentum. Emel yang tidak berkenaan seperti iklan memberanakkan duit, iklan rejoice, iklan ‘mahu besar, panjang dan tahan lama?’ dan sebagainya sering SPAM dalam emel kita. So, cara untuk aktifkan kepada manual mode adalah :

Setting – Accounts & Password – Fetch New Data – Set MANUALLY

      2.Location Service – Guna Bila Perlu SAHAJA.

  • Anda juga perlu hadkan penggunaan Location Service di dalam setting anda. Tak perlulah sentiasa on sahaja. Bukannya kita selalu guna kan? Bila perlu sahaja barulah aktifkan semula atau anda boleh ikut cara yang diberikan di bawah :

Setting – Privacy – Location Services (ON)

Dan untuk Apps seperti yang tertera, setkan kepada ‘While Using’

      3.Reduce Motion – Matikan Je Lah…

  • Fungsinya takdelah best sangat. Setakat wallpaper bergerak 3D, baik kita goyang je iPhone tu. Sebaiknya matikan je lah. Bukannya guna kan? Lagipun buat pening kepala je. Sakit otak weyyyy. So, cara untuk matikan fungsi ala-ala 3D tu senang je. Ikut step kat bawah. Hmm. Step lagi…

Setting – General – Accessibility – Reduce Motion (OFF)

      4.Automatic Download – Jimatkan DATA dan BATERI Anda!!!

  • Hah! Confirm benda macam ni kerap berlaku kan? Asal ada internet je, download tiba-tiba bergerak. Tau-tau dapat message ‘Anda telah menggunakan 80% data internet anda, sila langgan pelan baru untuk menikmati kelajuan internet kami’. Senang je, benda ni boleh jimatkan DATA dan BATERI anda sekaligus! Ikut step untuk matikan Auto Download tu :

Setting – iTunes & App Store – Updates & Use Mobile Data (OFF)

      5.Background Apps Refresh

  • Perkara ni tak ramai yang tahu sebenarnya apa kelebihan dan kekurangan fungsi ni. Kelebihannya apps korang still running masa korang tak guna handphone. Tapi sedar tak battery korang surut sebab ni? Tu la. Fikir negative sekali. Lepas tu mengadu ‘kenapa battery sy cepat habis ya?’ Adui. Ikut step ni untuk matikan fungsi tu.

Setting – General – Background App Refresh (OFF)

 

Jika anda ada masalah berkenaan dengan battery iPhone, anda boleh datang ke kedai kami untuk buat pemeriksaan secara percuma. Kami boleh cek actual percentage battery iPhone anda.