Battery Replacement iPhone 6
Problem : Bateri Drain
Harini Customer ni datang kedai kami mengadu yang iPhone milik beliau cepat habis bateri walaupun baru sahaja lepas full charge. Beliau minta untuk periksa masalah iPhone nya. Bila diperiksa kami dapati bateri iPhone sudah rosak dan battery health juga tidak normal. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru jika mahu iPhone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments