Plugin Huawei Nova Lite Replacement
Problem : Charging Board Damage
Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang charging board Huawei Nova Lite.
Harini abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang telefon tersebut tak respon bila cucuk USB. Beliau beritahu ianya berlaku selepas beliau cas menggunakan cable tak original dan anak beliau tarik semasa cas. Bila kami cek, plugin tersebut dah memang tak boleh digunakan. Ada sedikit kerosakan pada plugin tersebut.
Kami cadangkan abang ni untuk tukar plugin lama kepada yang baru. Beliau bersetuju.
Kami sudah tukarkan yang lama kepada yang baru. Plugin tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
0 Comments