Battery replacement huawei nova 3i
Problem: Battery kembung/battery rosak.
Solution: Tukar battery yang baru.
Hai. Korang pernah tak kena bila korang baru sahaja main phone tetiba bateri lemah “LOW”. Bila cas lambat naik cepat habis. Itu yang peliknya. Hahh nak jadikan cerita, harini kami nak share mengenai customer kami harini. Beliau datang ke kedai kami mengadu pada kami yang phone beliau ni selalu cepat bateri habis. Beliau meminta kami untuk periksa apa yang membuat bateri phonenya cepat habis.
Setelah diperiksa, kami dapati yang bateri phone beliau sudah kembung. Kami cadangkan pada beliau untuk tukar bateri yang baru sebab bateri kembung itulah sebab kenapa cepat habis. Dan beliau bersetuju untuk tukar dan beliau tukar sekali dengan battery iphone 7plus.
Bateri Kembung
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Nampakkan bateri kembung.
Battery iphone 7plus
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Customer berpuas hati.
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh direct terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141
0 Comments