Repair Bateri Huawei GR3
Problem : Bateri Kong
Abang ni datang ke kedai kami mengadu masalah telefon pintar beliau cas berjam-jam tetapi peratus bateri tak naik-naik. Beliau minta kami periksa apa masalah telefon pintar beliau sama ada boleh digunakan lagi atau tidak boleh. Kami periksa dan kami dapati bahawa telefon pintar beliau tidak ada masalah apa-apa kecuali bateri kong yang menyebabkan cas dan peratus bateri tak naik. Bateri telefon pintar beliau tidak boleh digunakan lagi dan beliau perlu membuat penukaran bateri yang jika mahu telefon pintar kembali normal seperti biasa semula.
Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut drain adalah :-
- Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas. - Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated. - Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100% - Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments