Repair Battery iPhone 6s Plus
Problem : Bateri Kong
Harini abang ni datang kedai kami mengadu yang iPhone beliau terlalu cepat habis bateri. Menurut beliau, beliau kerap overcharge dan guna car charger. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan bila kami periksa dan kami dapati life bateri iPhone beliau sudah menurun. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments