Repair LCD & Battery iPhone 5s
Problem : Bateri Kembung, Skrin Retak
Harini brother ni datang kedai kami dan bagitahu yang beliau ingin menukar outer glass iPhone beliau kerana retak selepas terjatuh. Kami beritahu yang proses untuk pembuat outer glass sahaja mengambil masa selama 3-4 jam. Kami cadangkan beliau untuk tukar LCD kerana masa yang diambil singkat. Beliau setuju.
Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-
- Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas.
– Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar. - Membuat penukaran LCD jika diperlukan.
– Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru. - Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut. - Tekanan
– Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda. - Cahaya Matahari
– Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning. - Kain Lembut
– Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.
Beliau juga memberitahu yang bateri iphone beliau kembung. So, beliau minta untuk kami periksa masalah bateri tersebut. Bila kami periksa kami dapati bateri tersebut tidak boleh digunakan lagi. Kami mencadangkan beliau untuk tukar bateri tersebut. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut drain adalah :-
- Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas. - Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated. - Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100% - Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami berjaya menyelesaikan masalah brother ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
Ada masalah seperti di atas?
Jumpa kami.
MRFIX Johor Bahru
No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru
Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)
Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141
0 Comments