Kelebihan Dan Kekurangan Menggunakan Powerbank
Hai assalamualaikum ! Post kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan powerbank. Kini, penggunaan smartphone atau tablet, jelas terlihat secara langsung terhadap kandungan bateri yang lebih besar. Oleh sebab itu banyak premis yang menyediakan bateri dengan kapasiti yang besar. Tapi ternyata dengan adanya bateri dengan kapasiti besar tidak cukup untuk memenuhi keperluan penggunanya apabila sedang berada di luar rumah atau sedang dalam perjalanan. Oleh kerana itu, sekarang ramai pengguna smartphone atau tablet yang memerlukan Power Bank. Tapi, mungkin ramai yang bertanya adakah Power Bank mempunyai kelebihan atau kekurangan. Jom kita lihat apa kelebihan dan kekurangannya.
Kelebihan :
- Sangat membantu apabila anda berada dalam perjalanan ke tempat yang jauh dan tiada punca elektrik untuk mengecas.
- Anda dengan mudah boleh menambah alat anda dengan kemudahan anda sendiri dengan mudah. Powerbank sangat diperlukan untuk telefon pintar anda terutama jika anda seorang yang kerap menggunakan telefon, menghadiri temu janji yang penting di luar atau jika anda seorang pengembara.
- Anda tidak perlu membeli bateri ganti untuk setiap alat yang anda miliki.
- Anda boleh mengisi semula kuasa bateri pada telefon pintar anda dengan menggunakan powerbank sahaja.
Kekurangan :
- Item tambahan yang perlu dibawa kemana saja.
- Sentiasa perlu di caj apabila sudah habis dan tidak digunakan lagi.
- Risiko apabila membeli powerbank yang palsu yang banyak dijual di internet dan boleh merosakkan telefon pintar anda. Juga risiko letupan. Tetapi risiko ini boleh diuruskan dengan lebih baik jika anda membeli jenama yang baik.
Dengan kelebihan dan kekurangan ini kita dapat melihat dan mempertimbangkannya sebelum membeli. Menggunakan power bank ada kesan baik dan buruknya, kesan baiknya adalah kita boleh mengecas telefon pintar kita dimanapun dan pada bila-bila masa tanpa punca elektrik. Malah, kesan buruknya adalah apabila kita selalu menggunakannya dan kapasiti powerbank dengan telefon pintar kita tidak sesuai, ianya akan merosakkan telefon pintar kita.
Anda rasa artikel ini berbaloi ? Sila berkongsi bersama rakan-rakan anda.
Terima Kasih 🙂
0 Comments