Oppo A57 Lcd Replacement & Huawei Nova 3i Battery Replacement

Ditulis pada : June 17, 2021

Lcd Replacement & Battery Replacement

Problem : 1. Oppo A57 Screen retak

2. Huawei Nova 3i battery cepat habis

Solution : 1. Tukar Lcd yang baru

2. Tukar battery yang baru.

Lcd Replacement

Lcd crack? Screen tak boleh touch? Blank? Bila lcd crack, susah untuk tengok screen ada kala nya juga boleh mendatangkan luka pada diri kerana takut serpihan kaca boleh masuk dalam jari tanpa sedar.

Hai. Hari ini kami nak share mengenai salah sorang customer kami. Beliau datang ke kedai kami memberitahu yang phone beliau ada masalah. Beliau meminta kami untuk periksa masalah pada phone tersebut.

Apabila kami periksa, Lcd beliau retak dan masih boleh touch lagi. Lcd beliau juga masih ada display. Kami mencadangkan perlu menukar lcd yang baru dan beliau bersetuju.

Antara langkah penjagaan lcd untuk jangka masa yang lama :-

Jangan duduk di atas Handphone
– Boleh membuatkan lcd pecah kerana lcd tidak dapat menampung beban badan dan berkemungkinan phone anda juga boleh bengkok.
Jangan mencampak Handphone
– Ia boleh mengakibatkan lcd retak akibat hempasan yang terlalu kuat
Elakkan daripada terjatuh
– Ia boleh mengakibatkan handphone retak, tidak boleh hidup(blank) dan membuatkan lcd keluar cahaya line hijau.
Jangan memasukkan Handphone ke dalam air
– Ia boleh membuatkan phone anda tidak bole hidup. Berkemungkinan boleh merosakkan lcd dan board anda. Awas !!

Battery Replacement

Anda ada masalah battery kembung? cepat drain? Battery cepat panas ? Bila battery problem ni kita selalu nak mengecas phone bukan?

Hai. Hari ini kami nak share mengenai salah sorang customer kami. Beliau datang ke kedai kami memberitahu yang phone beliau ada masalah. Beliau mengadu yang phone beliau cepat habis dan panas. Beliau meminta kami untuk periksa masalah pada phone tersebut.

Apabila kami periksa, Phone beliau perlu menukar battery yang baru dan beliau bersetuju.

Antara langkah penjagaan battery untuk jangka masa yang lama adalah :-

Jangan terlalu lama cas (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Jangan menggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Jangan menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Jangan terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Oppo A57 Lcd Replacement
Customer Berpuas Hati
Huawei nova 3i Battery Replacement

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan malu jangan segan boleh direct terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141 

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments