Battery replacement.
Problem: Battery cepat habis(fast drain).
Solution: Tukar battery baru.
Battery cepat habis (fast drain)? Bila main sekejap, dan sekejap je bateri “low” bila cas lambat masuk lambat naik.
Hai. Harini kami nak share mengenai salah sorang customer kami. Beliau datang ke kedai kami memberitahu yang phone beliau problem. Beliau mengatakan yang bateri phone beliau cepat habis(fast drain). Kekadang baru cas, tak lama bateri “low”. Beliau meminta kami untuk periksa sama ada jikalau ada masalah lain.
Setelah kami periksa, kami tukar bateri beliau yang lama kepada yang baru disebabkan tahap bateri beliau bawah 69%. Disebabkan itu, bateri beliau cepat habis bateri. Kami tukar bateri yang baru dan beliau bersetuju.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Customer berpuas hati.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting.
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh direct terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141
0 Comments