Lcd replacement honor view 10.
Problem: Lcd crack, blank
Solution: Tukar lcd yang baru.
Hai. Pernah tak kekadang tak jatuh tetiba screen phone korang blank gelap. Kekadang bila kita tak perasan masa phone kita jatuh and then crack and baru on sekejap taklama kemudian terus blank. Nak jadikan cerita harini, kami nak share mengenai customer kami.
Beliau datang ke kedai kami memberitahu yang phone beliau ni tak hidup, beliau cuba cas dan hidupkan masih tiada perubahan. Beliau mengambil keputusan terus datang ke kedai kami dan beliau meminta kami untuk periksa sama ada rosak pada part lain atau lcd.
Setelah kami periksa, Kami mendapati lcd beliau yang bermasalah sebab bila kami cas battery masih ada power dan masih berfungsi cuma pada lcd beliau tiada display on. Ini kemungkinan kesan terjatuh atau terduduk. Kami cadangkan pada beliau untuk tukar lcd yang baru dan beliau bersetuju.
Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-
- Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas.
– Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar. - Membuat penukaran LCD jika diperlukan.
– Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru. - Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut. - Tekanan
– Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda. - Cahaya Matahari
– Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning. - Kain Lembut
– Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.
Customer berpuas hati.
Kami berjaya menyelesaikan masalah Customer ni. Kami nasihat supaya menggunakan dengan baik mengikut tips yang diberi. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
p/s: Jikalau ada sebarang masalah atau pertanyaan boleh sahaja direct ke kedai kami atau boleh hubungi kami terus di talian +6011-11931141
0 Comments