Battery replacement iphone 7plus.
Problem: Battery rosak (out service).
Solution: Tukar bateri baru.
Hai. Phone korang dah pernah buat service tak? Check health battery korang dah berapa?Bila battery health anda kurang dari 75% sebaiknya kita tukar yang baru supaya ia tak jadi kerosakan yang teruk akan datang. Nak dijadikan cerita, kami nak share mengenai customer kami harini datang ke kedai kami. Beliau mengadu pada kami yang phone beliau ni bila cas dia tak naik naik dan turun terus dan mati takboleh nak hidupkan. Bila beliau cas sekali terus tak masuk.
Beliau meminta kami untuk periksa samada ada masalah lain. Bila kami periksa didapati bateri beliau dah rosak dan tidak kembung. Kami cadangkan untuk tukar bateri yang baru dan beliau bersetuju.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Customer berpuas hati.
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh datang terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141
0 Comments