Replacement outer glass and tempered glass.
Problem: Glass Crack
Solution: Tukar outer glass baru
Hai. Harini kami post mengenai salah sorang customer kami yang datang ke kedai kami. Beliau beritahu kami yang phone beliau outer glass beliau crack tetapi masih boleh berfungsi dengan baik. Beliau meminta kami untuk periksa dan kami dapati lcd beliau masih okay berfungsi tiada sebarang masalah.
Kami cadangkan hanya tu glass sahaja dan beliau setuju.
Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-
- Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas.
– Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar. - Membuat penukaran LCD jika diperlukan.
– Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru. - Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut. - Tekanan
– Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda. - Cahaya Matahari
– Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning. - Kain Lembut
– Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.
Customer berpuas hati.
Beliau juga meminta kami pasangkan sekali tempered glass pada phone beliau.
Kami berjaya menyelesaikan masalah Customer ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan layanan yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
P/S: Kami juga ada membuat service penukaran outer glass pada iphone 7 keatas sehingga iphone 11 pro max. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh sahaja datang terus ke kedai kami atau hubungi kami di talian 011-11931141
0 Comments