Outer Glass iPhone 6s Replacement

By aai aizani In Apple iPhone, Chamo Johor, Outer Glass, Repair iPhone Kempas

Outer Glass iPhone 6s Replacement

Problem : Glass Crack

Harini Kakak ni datang ke kedai kami mengadu masalah Screen iPhone pecah kerana terjatuh tetapi masih boleh berfungsi dengan baik. Beliau minta untuk kami periksa masalah iPhone tersebut dan kami dapati bahawa LCD yang digunakan tersebut hanya pecah glass nya sahaja dan LCD tidak mempunyai sebarang masalah. Jadi kami cadangkan beliau untuk membuat penukaran glass sahaja. Beliau pun bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah Kakak ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Outer Glass iPhone 6s Replacement