Screen Replacement iPhone 6

By aai aizani In Apple iPhone, Chamo Johor, LCD, Repair iPhone Kempas

Screen Replacement iPhone 6

Problem : Cant Touch

Abang ni datang mengadu yang screen iPhone beliau tidak boleh touch selepas beberapa minggu iPhone nya tidak dihidupkan. Beliau minta kami periksa masalah LCD tersebut dan kami dapati LCD tidak boleh digunakan lagi akibat kerosakan pada bahagian LCD. Kami nasihatkan beliau untuk membuat penukaran LCD lama kepada yang baru agar iPhone nya dapat digunkan dengan baik dan normal seperti biasa . Beliau bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah Abang ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”