Screen Replacement Xiaomi Mi Max 3

By aai aizani In Android, Chamo Johor, LCD, Repair Smartphone Johor, Screen, Xiaomi

Screen Replacement Xiaomi Mi Max 3

Problem : Screen Blank

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang LCD model Xiaomi Mi Max 3

Harini Abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang screen telefon beliau hitam (Blank) selepas termasuk dalam air dan terpengaruh dengan petua di Google memasukkan dalm beras. Beliau meminta kami untuk memeriksa phone beliau. Kami dapati kaca hadapan LCD tersebut perlu ditukar dengan yang baru supaya skrin sempurna seperti biasa. Beliau setuju.

Untuk pengetahuan semua, apabila telefon anda termasuk dalm air, jangan cuba untuk memasukkan dalam beras kerana beras bersifat kanji akan merosakkan bahagian dalam telefon tersebut. Sebaiknya buat cleaning secepat mungkin di kedai repair phone yang terpilih.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah Abang ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Screen Replacement Xiaomi Mi Max 3   Screen Replacement Xiaomi Mi Max 3