Battery Replacement & Screen Replacement iPhone 6s Plus
Problem : Bateri Life 75% & Screen Kurang Sensitif
Harini Abang ni datang kedai kami mengadu yang iPhone milik beliau terlalu cepat habis bateri dan terpaksa bergantung pada powerbank. Beliau minta untuk periksa masalah iPhone nya. Bila diperiksa kami dapati bateri life sudah menurun ke 75% dan bernasib baik bateri tidak kembung. Beliau juga mengadu yang LCD iPhone beliau susah nak touch (kurang sensitif) sedangkan baru beberapa bulan tukar Lcd. Bila kami periksa, kami dapati LCD yang digunakan bukan yang original. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri dan LCD lama kepada yang baru jika mahu iPhone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-
- Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas.
– Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar. - Membuat penukaran LCD jika diperlukan.
– Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru. - Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut. - Tekanan
– Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda. - Cahaya Matahari
– Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning. - Kain Lembut
– Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri dan menjaga screen iPhone tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments