Battery Replacement Samsung E7

Ditulis pada : March 21, 2019
Battery Replacement Samsung E7

Battery Replacement Samsung E7

Problem : Bateri Kembung

Harini Abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang masalah bateri smartphone beliau cepat habis. Beliau minta kami periksa keadaan bateri yang sekarang. Bila diperiksa, kami dapati bateri tersebut sudah kembung dan tidak boleh digunakan lagi kerana akan merosakkan pada screen LCD smartphone beliau. Menurut beliau, smartphone tersebut pernah overcharge. Kami menasihatkan pada semua pengguna smartphone untuk mengelakkan charge telefon menggunakan car charger kerana power kereta sangat tinggi dan peratus board akan rosak juga tinggi.

Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Battery Samsung E7   Battery Replacement Samsung E7

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments