Repair Motherboard/Battery Replacement iPhone 6

Ditulis pada : March 7, 2019
Repair MotherboardBattery Replacement iPhone 6

Repair Motherboard/Battery Replacement iPhone 6

Problem : Update iOS menggunakan Wifi/Memory Full

Customer ni datang ke kedai kami mengadu masalah iPhone 6 beliau tidak boleh hidup, beliau sudah cuba cas tetapi masih tidak boleh hidup. Menurutnya, beliau iPhone jadi jem selepas Update iOS. Beliau minta untuk kami cek masalah tersebut dan didapati short pada board. Jadi, kami cadangkan Customer ni untuk repair salah satu IC pada board dan tukar bateri lama kepada yang baru supaya dapat digunakan seperti biasa.

Untuk pengetahuan anda semua, jika kerosakan pada board kami akan hantar ke makmal kami kerana di premis kami tiada alat ganti untuk membaiki segala kerosakan pada board anda. Beliau setuju untuk buat.

iPhone tersebut berjaya disiapkan oleh technician kami. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan iPhone tersebut dengan baik. Beliau sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Terima kasih kerana percayakan service kami.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Repair MotherboardBattery Replacement iPhone 6s

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments