Repair Bateri & Plugin iPhone 6 Plus

By Eyta Hamid In Apple iPhone, Battery, Chamo Johor, Plugin, Repair iPhone Kempas

Repair Bateri & Plugin iPhone 6 Plus

Problem : iPhone Dah Lama Tak On

Harini Adik ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 6 Plus beliau sudah lama tak on. Dan bila beliau cas, iphone tersebut tidah boleh on. Beliau minta untuk kami periksa apa masalah sebenar iPhone beliau. Jadi kami membuat pemeriksaan dan kami dapati iPhone beliau ada masalah pada plugin dan bateri (tiada power). So, kami cadangkan untuk beliau tukar plugin & bateri. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Adik ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”