Repair Battery & Plugin iPhone 6S

By Eyta Hamid In Apple iPhone, Battery, Chamo Johor, Plugin

Repair Battery & Plugin iPhone 6S

Problem : Plugin Rosak & Bateri Kong

Harini brother ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 6S beliau cas  tapi tiada power masuk.. Beliau minta untuk kami periksa apa masalah sebenar iPhone beliau. Jadi kami membuat pemeriksaan dan kami dapati telefon pintar beliau ada masalah pada plugin. So, kami cadangkan untuk beliau tukar plugin. Beliau setuju.

Selepas membuat pertukaran plugin yang baru, kami juga mendapati bateri telefon pintar beliau juga sudah rosak iaitu tiada power yang masuk ke dalam bateri tersebut . Jadi kami cadangkan beliau untuk membuat pertukaran bateri baru. Beliau bersetuju.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah brother ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”