Repair Battery & Back Cover Samsung Galaxy Note 5

Ditulis pada : December 16, 2018
Repair Battery & Back Cover Samsung Galaxy Note 5

Repair Battery & Back Cover Samsung Galaxy Note 5

Problem : Battery Kembung/Back Cover Pecah

Harini abang ni datang kedai dan bagitahu yang bateri telefon beliau terlalu cepat habis apabila digunakan dan cas terlalu lambat naik peratus bateri. Beliau hairan sebab sebelum ni tak macam ni. Beliau minta untuk kami periksa masalah telefon tersebut. Bila kami cek, kami dapati bateri telefon yang abang ni guna sudah kembung dan tidak boleh digunakan lagi. Kemungkinan berpunca daripada kerap guna sambil caj dan juga terlalu lama caj.

Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Beliau juga meminta kami menukar back cover phone beliau kerana sudah pecah akibat bateri kembung & pernah jatuh juga.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

      

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments