Repair TouchScreen iPad 3

Ditulis pada : November 30, 2018
TouchScreen iPad 3

Repair TouchScreen iPad 3

Problem : Screen Crack

Akak ni datang ke kedai kami mengadu masalah Touchscreen iPad 3 beliau crack disebabkan oleh terjatuh semasa anak beliau menonton youtube. Beliau minta untuk kami periksa masalah iPad tersebut dan kami dapati bahawa LCD masih dalam keadaan baik, cuma touchscreen sahaja yang pecah. Jadi kami cadangkan beliau untuk membuat penukaran Touchscreen yang baru untuk iPad beliau kembali normal seperti biasa. Beliau pun bersetuju.

Kami berjaya menyelesaikan masalah akak ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

        

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments