Battery iPhone 5s Replacement
Problem : Bateri Cepat Habis
Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang bateri bagi model iPhone 5s.
Harini adik ni datang kedai dan bagitahu yang telefon miliknya cepat habis bateri dan kadang-kadang panas. Beliau minta untuk kami periksa masalah pada telefon tersebut. Bila kami cek, data bateri telefon tersebut sudah menurun ke 61% dan memang sudah tidak boleh digunakan lagi. So, kami cadangkan beliau untuk tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut drain adalah :-
- Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas. - Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated. - Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100% - Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah adik ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
Ada masalah seperti di atas?
0 Comments