Repair Battery & Front Camera iPhone 5s
Problem : Bateri Drain & Call Speaker Slow
Harini akak ni datang kedai kami mengadu yang iPhone beliau terlalu cepat habis bateri. Cas 100% dan guna tidak sampai 5 minit dah turun ke 80%. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan kami dapati bateri iPhone beliau dah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju. Beliau juga beritahu yang call speaker beliau terlalu perlahan dan kadanf-kadang tidak dengar langsung. Kami mencadangkan menukar front camera kerana speaker berada di front camera dan beliau bersetuju.
Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah akak ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments