Repair LCD/Battery/Front Camera iPhone IP6

By Eyta Hamid In Apple iPhone, Battery, Front Camera, LCD, Repair Smartphone Johor, Water Damage

Repair LCD/Battery/Front Camera iPhone IP6

Problem : Phone Water Damaged

Harini Auntie & Uncle ni datang kedai kami mengadu yang iPhone beliau masuk air dan tak boleh hidup. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan kami dapati LCD ada kesan air dan kamera hadapan tidak berfungsi. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar lcd/battery dan kamera hadapan lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami juga mencadangkan supaya beliau memasang Screen Protecter dan memakai casing tahan lasak. Dan beliau bersetuju untuk memasang combo X-One (Screen protecter+casing)

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Auntie & Uncle ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”