Repair WiFi Ribbon iPhone 6 & Outer Glass iPhone 7

Ditulis pada : September 26, 2018
Repair WiFi iPhone 6 & Outer Glass iPhone 7

Repair WiFi Ribbon iPhone 6 & Outer Glass iPhone 7

Problem : GPS Tak Detect & Screen Pecah

Tuan ni datang ke kedai kami mengadu masalah iPhone beliau iaitu GPS tak boleh detect location, dan WiFi juga slow. Tuan ni meminta kami periksa apa masalah sebenarnya iPhone beliau, bila kami periksa dan kami dapati WiFi ribbon beliau sudah pun rosak. Kerana GPS cip di Wifi ZRibbon. Jika mahu GPS dan Wifi berfungsi semula, beliau kena menukar WiFi ribbon yang lama kepada yang baru. Beliau pun bersetuju.

Beliau juga meminta kami memeriksa Outer Glass iPhone 7 beliau yang telah pecah akibat jatuh. Bila kami periksa, LCD tidak rosak dan masih boleh digunakan sepenuhnya hanya screen sahaja yang pecah. Kami mencadangkan Tuan ni menukar Outer Glass sahaja dan beliau setuju.

Selepas membuat pertukaran, telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Beliau juga sangat bepuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments