Battery iPhone 5 Replacement

By Eyta Hamid In Apple iPhone, Battery, Water Damage

Battery iPhone 5 Replacement

Problem : Water Damage

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang iPhone 5 yang telah masuk air dalam kolam mandi.

Harini adik ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 5 beliau masuk air. Jadi, langkah pertama yang kami perlu buat adalah membuat cleaning water damage pada board. Kami juga beritahu jika telefon masih boleh berfungsi, beliau hanya perlu tukar bateri dan LCD. Beliau setuju.

Selepas membuat cleaning water damage, telefon tersebut berjaya dihidupkan semula dan perlu membuat pertukaran pada bateri sahaja kerana LCD masih boleh digunakan seperti biasa.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah adik ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”