Repair Bateri , WiFi Ribbon iPhone 6
Problem : Bateri Kembung & Line Slow
Harini brother ni datang kedai kami membawa isteri dan anak mengadu yang iPhone beliau LCD terangkat dan line slow. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan bila kami periksa dan kami dapati bateri iPhone beliau kembung. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru jika ingin bateri normal semula. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut drain adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Selepas membuat penukaran bateri, kami periksa pula wifi ribbon brother ni. Kami dapati WiFi ribbon beliau short, disebabkan itulah brother ni punya line problem. Kami cadangkan beliau untuk tukar WiFi Ribbon baru, brother ni setuju.
Selesai masalah beliau pula ingin membuat penukaran body iPhone 6 kepada iPhone 7 red edition. Alhamdulillah, kami dah berjaya menyelesaikan masalah brother ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments