Repair LCD iPhone 6 Plus

Ditulis pada : June 22, 2018
LCD iPhone 6 Plus replacement

Repair LCD iPhone 6 Plus

Problem : LCD Engage

Brother ni datang kedai mengadu masalah iaitu display beliau secara tiba-tiba jadi seperti televison tiada siaran. Bila kami tanya macam mana boleh jadi macam ni, beliau simpan iPhone didalam poket seluar semasa membuat penghantaran barang ketika bekerja bila keluarkan dari poket terus jadi macam ni. Beliau minta kami periksa dan jawapan  kami beliau perlu membuat penukaran LCD yang lama kepada yang baru. Kerana LCD beliau telah rosak kesan daripada tekanan yang kuat sehingga menyebakan engage. Beliau setuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah brother ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan. Kami juga menasihatkan beliau supaya tidak menyimpan iPhone / smartphone beliau di dalam poket seluar lagi untuk mengelakkan kerosakan LCD lagi.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Monday Closed)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  ]

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments