Repair Motherboard (Charging IC) & Front Camera iPhone 7 Plus

Ditulis pada : May 31, 2018
Motherboard, Front camera iPhone 7 Plus

Repair Motherboard (Charging IC) & Front Camera iPhone 7 Plus

Problem : Cas tak masuk & front camera out

Akak ni datang ke kedai kami mengadu masalah iPhone 7 Plus beliau cas tak masuk, adapter dan cable okay tiada masalah. Beliau minta untuk kami cek sama ada masalah plugin rosak ataupun komponen pada board yang ada masalah. Kami cuba tukarkan plugin yang lama kepada yang baru, tetapi masih tidak boleh cas. Jadi, kami cadangkan akak ni untuk repair charging IC pada board supaya dapat digunakan seperti biasa.

Selepas kami detect masalah sebenar iPhone 7 Plus nya, beliau memberitahu kami yang camera depan beliau tidak boleh digunakan, jika tekan camera depan akan keluar display hitam atau blank. Kami periksa dan kami dapati camera depan beliau rosak dan kami cadangkan beliau untuk tukar kepada yang baru. Beliau bersetuju.

Untuk pengetahuan anda semua, jika kerosakan pada board kami akan hantar ke makmal kami kerana di premis kami tiada alat ganti untuk membaiki segala kerosakan pada board anda. Beliau setuju untuk buat.

Selepas 3 hari, iPhone tersebut berjaya disiapkan oleh technician kami. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Terima kasih kerana percayakan service kami.

 

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Monday Closed)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  ]

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments