Repair LCD iPhone 6s

By Nurul Amallina Hassan In Apple iPhone, LCD

Repair LCD iPhone 6s

Problem : LCD Blank

Harini brother ni datang kedai kami dan bagitahu yang LCD iPhone beliau ada pecah dan terus blank separuh selepas terjatuh. Beliau minta untuk kami periksa sama ada LCD tersebut boleh digunakan lagi atau tidak. Bila kami periksa, kami dapati LCD tersebut tidak dapat digunakan lagi kerana paparan skrin blank separuh. Kami mencadangkan beliau untuk tukar LCD satu set supaya dapat mengmbalikan telefon tersebut.

Kami tukarkan LCD lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah brother ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

Chamo Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141