Repair Battery & Plugin iPhone 6

By Nurul Amallina Hassan In Apple iPhone, Battery, Plugin, Repair Smartphone Johor

Repair Battery & Plugin iPhone 6

Problem : Battery Drain

Harini abang ni datang kedai dan bagitahu yang bateri iPhone beliau terlalu cepat habis apabila digunakan. Guna pada 90% tak sampai 10 minit dah turun hingga ke 80%. Beliau hairan sebab sebelum ni tak macam ni. Beliau minta untuk kami periksa masalah telefon tersebut. Bila kami cek, kami dapati bateri iPhone yang abang ni guna sudah tidak boleh digunakan lagi.

Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah brother ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

Chamo Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141