Proses Mencuci Motherboard (Water Damage)

Ditulis pada : April 5, 2018
Smartphone Water Damage

Proses Mencuci Motherboard (Water Damage)

Bumi mana yang tak basah ditimpa hujan.
Manusia mana yang tak tenang bila telefon pintar terjatuh dalam air.
Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Hai Assalamualaikum & selamat sejahtera semua !
Ramai pelanggan kami yang datang dan ingin membaiki telefon pintar yang melibatkan air.

Antara kes yang kami telah jumpa ialah :-

  • Telefon masuk dalam lubang tandas
  • Telefon terjatuh dalam lopak air
  • Telefon tertumpah susu anak
  • Telefon tercurah air teh ais
  • Telefon terkena air hujan masa bawa motor

dan banyak lagi kes yang kami sudah terima. Ada yang berjaya, dan ada yang tidak. Ianya bergantung kepada rezeki masing-masing.

Anda mesti pernah dengar khabar angin yang tak tahu betul atau tidak yang mengatakan “telefon kalau masuk air, letak dalam beras”. Jawapan saya TIDAK ! Jangan sekali-kali letakkan telefon yang telah dimasuki air ke dalam beras.

Pasti anda tertanya-tanya kan kenapa pula tak boleh letak?

Ini jawapan saya : Beras mempunyai kanji, jika telefon bimbit diletakkan di dalam beras ia akan menyebabkan kanji tersebut masuk ke dalam telefon melalui bahagian yang berlubang dan akan menyebabkan ianya akan melekat pada motherboard dan akan membuatkan telefon rosak (short).

Langkah-langkah menyelamatkan telefon pintar selepas dimasuki air :

  • Lap bahagian luar telefon pintar tersebut dengan kain yang kering.
  • Segera matikan telefon pintar tersebut.
  • Jangan cuba-cuba untuk mengecas telefon pintar tersebut.
  • Terus bawa telefon pintar tersebut kepada kami.

Masa yang diambil untuk mencuci board adalah antara 1 hingga 2 jam. Saya yakin anda tertanya-tanya kenapa terlalu lama proses tersebut. Jadi, berikut adalah proses mencuci motherboard yang kami lakukan.

Langkah-langkah untuk mencuci motherboard pada telefon pintar :

  1. Buka telefon pintar
    – Perkara pertama jika kami mendapat telefon pintar yang dimasuki air ialah, kami akan membuka telefon pintar tersebut dan melihat keadaan pada motherboard serta mengambilnya untuk cuci.
  2. Memasukkan motherboard dalam bahan kimia
    – Motherboard yang telah dibuka tersebut dimasukkan dalam bahan kimia bagi tujuan membuang kesan-kesan air yang melekat pada motherboard. Proses ini akan diulang sebanyak 4 kali bersamaan dengan 7 minit setiap sekali.
  3. Mengeringkan  motherboard
    – Selepas proses mencuci, kami akan memasukkan motherboard tersebut ke dalam mesin bagi tujuan mengeringkan motherboard sehingga menghilangkan semua kesan air. Ianya mengambil masa selama satu jam supaya ianya betul-betul kering.
  4. Uji motherboard
    –  Selepas mengeringkan board, kami akan menguji board sama ada berjaya atau tidak dihidupkan dengan menggunakan mesin direct power supply. Jika tidak berjaya, mesin tersebut akan berbunyi seakan-akan memberi amaran.
  5. Uji LCD & Bateri
    – Selepas motherboard diuji, kami menguji motherboard dengan LCD dan bateri yang baru pula. Kami tidak akan menguji dengan menggunakan LCD & bateri yang lama kerana dikhuatiri ada lagi kesan air pada LCD & bateri tersebut dan akan menyebabkan motherboard rosak semula.

Sekiranya motherboard berjaya dihidupkan, kami mencadangkan pelanggan untuk menukar LCD dan bateri sahaja.

Dibawah ini saya sertakan video proses mencuci board bagi memudahkan anda memahami proses tersebut.
Jemput tengok ya !

 

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments