LCD & Battery iPhone 6 Replacement

By Nurul Amallina Hassan In Apple iPhone, Battery, LCD, Water Damage

LCD & Battery iPhone 6 Replacement

Problem : Water Damage

Harini abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 6 milik isterinya masuk air. Kami tanya masuk air apa? Kemungkinan air dalam baldi kemudian beliau ambil dan terus masukkan  Jadi, langkah pertama yang kami perlu buat adalah membuat cleaning water damage pada board. Kami cuci menggunakan bahan kimia kemudian keringkan menggunakan mesin yang kami ada.

Proses mencuci board sudah siap. Kami cuba pasangkan semula board tersebut dan telefon tersebut masih boleh berfungsi dengan baik. Kami cadangkan beliau untuk tukar LCD dan bateri lama kepada yang baru kerana terdapat kesan air pada LCD jika masih menggunakannya. Beliau setuju.

Alhamdulillah, kami berjaya mengembalikan telefon tersebut dalam keadaan normal dan boleh digunakan semula seperti biasa. Kami juga memberi sedikit tips atau cara untuk menjaga bateri kerana bateri telahpun ditukar kepada yang baru. Tips tersebut dapat menjaga jangka hayat bateri supaya bertahan lebih lama. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Selain itu, kami memberi cara-cara penjagaan bateri jika baru ditukar supaya ianya dapat di fixkan dengan sistem.
Antaranya ialah : –

  • Kali pertama : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 4 jam.
  • Kali kedua : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 5 jam.
  • Kali ketiga dan seterusnya : Caj sehingga penuh dan cabut.
  • Elakkan daripada telefon terus mati dalam masa sebulan awal.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

Chamo Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141