Repair Board iPhone 6 (Touch IC)

Ditulis pada : March 15, 2018
Repair Board iPhone 6

Repair Board iPhone 6 (Touch IC)

Problem : LCD tak boleh touch, bateri kong

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang telefon model iPhone 6.

Harini brother ni datang kedai dan bagitahu yang  iPhone 6 beliau tidak dapat dihidupkan selepas jatuh.
Beliau minta untuk kami periksa masalah telefon tersebut. Bila kami periksa, kami dapati ada sedikit kerosakan pada board yang dipanggil touch IC. Kami memberi cadangan kepada brother ni supaya baiki board tersebut. Beliau setuju.

Pada masa yang sama, telefon tersebut sudah lama tidak digunakan dan bateri tersebut sudah kong.
Selepas board sudah siap dibaiki, kami nmencadangkan beliau untuk tukar LCD & bateri. Beliau setuju.

Antara punca bateri mengalami masalah adalah :-

  • Terlalu lama caj (Overcharge)
    – Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
  • Penggunaan telefon semasa mengecas
    – Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
  • Menggunakan cable yang tidak original
    – Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
  • Terlalu kerap mengecas
    – Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  

 

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments