Bagaimana Simpan Artikel untuk Baca Kemudian di Safari pada iPhone

Ditulis pada : March 7, 2018

Bagaimana Simpan Artikel untuk Baca Kemudian di Safari pada iPhone

Kadang-kadang semasa saya melayari internet, saya terlihat artikel menarik atau artikel yang ditulis oleh seseorang penulis yang saya minati, tetapi tidak mempunyai masa sesuai untuk membaca. Dengan Apple’s Reading List, anda boleh menyimpan sebarang artikel dari web dan kembali untuk membacanya pada bila-bila masa.

Hari ini saya akan menunjukkan cara-bagi menyimpan artikel yang anda tidak sempat untuk baca dan akan membacanya pada kemudian hari. Inilah cara-caranya :-

  • Apabila anda terjumpa artikel yang hendak disimpan, dan baca pada kemudian hari klik share di bahagian bawah skrin anda.
  • Klik pada  Add to Reading List.

   

Untuk mencari senarai artikel yang disimpan di Safari:

  • Buka Safari.
  • Klik pada ikon di bahagian bawah skrin anda, yang kelihatan seperti buku terbuka.
  • Kemudian klik pada ikon cermin mata di bahagian atas skrin. Di sini anda akan menemui semua artikel yang telah anda simpan dari web. Hanya klik pada yang anda mahu baca.

      

  • Anda juga boleh memadam artikel tersebut jika sudah selesai membacanya dan tidak mahu artikel tersebut berada dalam senarai bacaan anda.

 

Anda rasa artikel ini berbaloi untuk dikongsi bersama rakan-rakan ? Silakan share 🙂

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments