Frame iPhone 6 Plus Replacement

Ditulis pada : February 4, 2018

Frame iPhone 6 Plus Replacement

Problem : Frame terlepas , Button Mute susah tekan

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang frame yang terlepas daripada LCD.

Harini brother ni datang kedai kami dan bagitahu untuk tukar  body. Bila kami tanya masalah body sekarang?
Body bengkok katanya. Tapi, kami lihat body tersebut tidak bengkok atau ada kecacatan apa-apa. So, kami nasihati untuk tidak tukar body terus. Bila kami cek dengan lebih terperinci, kami dapati yang frame iPhone tersebut sudah terlepas daripada LCD dan berkemungkinan akibat daripada terjatuh. So, kami cadangkan untuk beliau tukar frame baru. Beliau setuju.

Kami dah tukarkan frame lama kepada yang baru. Frame tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa. Antara punca-punca yang menyebabkan frame terlepas ialah :-

  • Telefon kerap jatuh
  • Bateri kembung

Selepas itu, kami dapati yang mute button beliau susah untuk tekan. Kami cadangkan beliau untuk tukarkan kepada yang baru. Beliau setuju.

Kami sudah tukarkan frame dan mute button tersebut dan telefon tersebut kembali normal dan boleh digunkan seperti biasa.
Kami juga memberitahu sedikit tips penjagaan bateri supaya tidak memberi kesan kepada frame. Kemungkinan frame akan terlepas. Antaranya ialah :-

  • Terlalu lama caj (Overcharge)
    – Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
  • Penggunaan telefon semasa mengecas
    – Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
  • Menggunakan cable yang tidak original
    – Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
  • Terlalu kerap mengecas
    – Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah brother ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments