Cara Sembunyikan Gambar di iPhone

Ditulis pada : January 31, 2018

Cara Sembunyikan Gambar di iPhone

Hai Assalamualaikum. Setiap orang perlukan privacy kan? Pada iOS 10 sebelum ini gambar-gambar yang disembunyikan terdapat di folder ”Years, Collections, Moments” dan masih boleh dilihat oleh orang lain jika mereka membuka folder tersebut.
Tetapi, pada iOS 11 ada cara lain untuk menyembunyikan gambar tersebut daripada dilihat orang lain. Nak tahu caranya?
Jom kita lihat !

   

  • Buka aplikasi “photos” pada iPhone anda.
  • Cari gambar yang anda ingin sembunyikan.
  • Klik ikon “share” di sudut kiri bawah.

 

      

  • Pilih “Hide”
  • Klik “Hide Photo”
  • Jika anda ingin melihat kembali gambar yang disembunyikan, cari album “hidden”

Tetapi, ianya tentu tidak cukup privacy kan? Sebab masih dapat dilihat jika seseorang itu membuka album tersebut.
Jadi, sekarang ini saya akan memberitahu anda satu rahsia supaya gambar tersebut tidak dapat dilihat oleh orang lain kecuali anda sendiri.

      

  • Pilih gambar yang ingin disembunyikan.
  • Klik “Add to notes”.
  • Anda boleh namakan note tersebut kemudian klik “Saves”.

      

  • Kemudian, buka aplikasi “Notes”.
  • Klik pada icon “Share”.
  • Klik pada “Lock Notes”.

       

  • Isikan kata laluan yang diperlukan mengikut kehendak anda.
  • Klik ikon “lock” yang terdapat di atas sebelah kanan.
  • Gambar tersebut telah pun dikunci dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat membukanya.

Anda rasa artikel ini berbaloi untuk dikongsi ? Silakan share 🙂

 

 

 

Oleh mrfixjb

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments