Aplikasi yang Wajib ada dalam iPhone anda
Hai Assalamualaikum semua ! Post kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang aplikasi yang wajib ada dalam iPhone anda. Jom mulakan !
1. Rangkaian Sosial
Untuk rangkaian sosial yang selalunya rakyat Malaysia guna ialah :-
– Facebook : Selain fungsinya untuk berkomunikasi melalu chatting, ianya juga adalah salah satu aplikasi untuk berbisnes.
– Twitter : Adalah tentang penyiaran setiap broadcasting setiap hari ke dunia, dengan harapan bahawa mesej anda berguna dan menarik kepada seseorang.
– Instagram : Adalah aplikasi untuk anda memuat naik gambar yang anda rakamkan sebagai kenangan, selain itu menjadi salah satu platform untuk berjual beli.
– Wechat : Aplikasi untuk bersembang dan sesuai untuk remaja.
– Pinterest : Aplikasi untuk mengumpul visual terutamanya gambar.
2. Gambar & Video
Anda gemar menyunting gambar dan video? Tapi tak tahu aplikasi apa yang terbaik?
Saya tunjukkan kepada anda aplikasi untuk penyuntingan gambar & video secara percuma.
- InShot
- Google Photos ( Lebih kepada backup gambar)
- Phonto
- Snapseed
- Typorama
- PhotoGrid
- VSCO
3. Telco
Di Malaysia terdapat banyak syarikat Telco. Ianya adalah pilihan masing-masing untuk menggunakannya.
Antaranya ialah :-
- Digi
- Hotlink
- Tune Talk
- UMobile
- XOX
- Maxis
- XPAX
4. Kewangan
Kebiasaannya rakyat Malaysia kurang rajin untuk beratur panjang di mesin cash deposit untuk membuat pemindahan wang dari satu akaun bank, ke akaun bank yang lain. Jadi, saya sarankan untuk anda memuat turun aplikasi tersebut bagi memudahkan urusan anda.
- Maybank
- CIMB Clicks
- RHB
- HSBC
- AmOnline
5. Filem & Drama
Ini adalah aplikasi-aplikasi yang boleh anda muat turun untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Kalau terlepas cerita yang anda gemari boleh terus tonton di aplikasi tersebut.
- Netflix
- iflix
- Astro GO
- WatchMe
6. Muzik
Saya pasti anda mesti penggemar muzik kan ? Muat turun aplikasi tersebut untuk terapi telinga anda jika ada tekanan dari sebarang masalah. Malah, anda juga boleh memuat turun lagu dan mendengarnya secara off-line. Anda juga boleh memuat turun aplikasi radio.
- JOOX
- Spotify
- Sinar
7. Mesej
Anda tidak suka bercakap melalui panggilan telefon? Tidak mengapa. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut supaya dapat berkomunikasi atau chatting bersama rakan-rakan anda.
- Hangout
- Telegram
- Messenger
8. Penunjuk Arah
Anda takut sesat semasa memandu ? Anda boleh memuat turun aplikasi penunjuk arah supaya tidak sesat lagi.
- Waze : Menunjuk arah jalan dan memberi informasi berkaitan trafik jalanraya.
Contoh : Sekatan jalanraya yang dibuat pihak Polis. - Google Maps : Fungsi yang sama seperti Waze tetapi sekaar memberitahu jika ada kemalangan.
9. Hiburan
Jika anda ‘kaki wayang’ anda mestilah memuat turun aplikasi tersebut bagi memudahkan membeli tiket secara atas talian dan dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter beli tiket.
- GSC
- TGV Cinemas
Anda rasa artikel ini berbaloi? Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda.
Terima kasih !
0 Comments